Segi Tiga Bermuda adalah tempat paling misteri di dunia dengan beberapa laporan menyatakan bahawa tempat ini telah ‘makan’ banyak kapal di laut mahupun udara. Setiap kapal yang hilang di sekitar tempat yang turut dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan, tinggal misteri sehingga sekarang.

Sebuah pasukan penyelam elit, dengan inisiatif mereka sendiri telah berjaya merungkai kisah misteri sebuah kapal SS Cotopaxi yang hilang ketika melalui Segi Tiga Bermuda setelah berlabuh dari Charleston, Carolina Selatan pada 29 November 1925.

Belanjawan 2020
HYPE
5 Pencapaian Cemerlang Negeri Selangor Di Bawah Pimpinan Amirudin Shari
Baca lagi →

Mesej terakhir yang dihantar oleh kapal pembawa arang batu ini ialah isyarat kecemasan pada 1 Disember 1925 – dua hari selepas meninggalkan pelabuhan.

Selepas itu, kapal dan krew mereka hilang secara tiba-tiba dan mencetuskan pelbagai misteri. Dilaporkan ketika itu, tiada apa-apa tanda disekitar kawasan kejadian – tiada bangkai, limpahan minyak atau barang-barang yang terapung.

Misteri Cotopaxi akhirnya terjawab apabila penyelam elit yang terdiri daripada Michael Barnette, ahli biologi marin, pasukan Perkhidmatan Laut Nasional NOAA dan HMHS Britannic berjaya menemui bangkai kapal pada kedudukan 35 batu dari pantai St. Augustine, Florida dengan kedalaman seratus meter.

GL-MAP-bermuda-wreck

The Sun

Michael Barnette, yang bercakap dengan Newsweek, berkata: “Kami tahu bahawa pada hari pelayaran itu sesuatu berlaku kerana mereka menyampaikan mesej ‘mayday’.

“Dan kemudiannya, mereka hilang dan kita tidak pernah menemui apa-apa bangkai, mayat atau apa-apa, kapal itu hanya hilang selepas itu, jadi kami cuba menentukan apa yang sebenarnya yang berlaku.” Katanya.

Misteri akhirnya terjawab melalui satu laporan bahawa rekod cuaca pada hari kejadian menunjukkan bahawa satu ribut besar telah berlaku di kawasan kejadian yang telah menghanyutkan kapal tersebut jauh ke pantai St. Augustine dan tenggelam di sana. Mereka sebelum itu telah meneliti beberapa rekod insurans dengan bantuan ahli sejarah Guy Walters di Lloyd’s of London.

“Mulanya ia sangat emosional kerana pertama kali anda teruja bahawa teori anda betul. Ada juga perasaan bercampur baur namun bila anda menyedari, ‘ini adalah tapak perkuburan anggota krew yang meninggal dunia 100 tahun dahulu,’ ada rasa tanggungjawab untuk cuba menghubungi keluarga mereka.” katanya Barnette lagi.

Untuk rekod, Cotopaxi dinamakan sempena gunung berapi di Ecuador. Ia dibina oleh Great Lakes Engineering Works, di Ecorse, Michigan untuk Clinchfield Navigation Company.

Baca cerita misteri yang lain dengan mengetik pautan di bawah.

Kisah Misteri Di Sebalik Nota Minta Uruskan Rangka Dalam Rumah Sewa Lama

Virus Misteri Dari China Sudah Merebak Hingga Ke Jepun

Kemalangan Misteri Membabitkan Penunggang Motosikal Dan ‘Hantu’ Cetus Tanda Tanya Netizen

Anda Mungkin Suka