Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Selepas 11 tahun berada di pasaran dunia, Lamborghini umumkan model V12 naturally-aspirated terlaris, ‘Aventador’ telah ditamatkan produksi sepenuhnya dengan lebih daripada 8 varian model dan 11,465 unit dihantar kepada pelanggan di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan:

Lamborghini telah menjual lebih banyak Aventador daripada jumlah semua model V12 sebelumnya; pada tahun kelima syarikat itu menghantar 5,000 unit, sama banyak dengan jumlah keseluruhan model Murciélago yang dihasilkan, dan syarikat Itali itu berjaya mencapai penghantaran Aventador unit ke-10,000 pada September 2020.

Unit terakhir Lamborghini berenjinkan V12 naturally-aspirated, Aventador LP 780-4 Ultimae Roadster dibina dalam warna khas Ad Personam ‘Special Light Blue‘ yang bakal dihantar kepada pemiliknya di Switzerland.

Difahamkan daripada 350 unit Ultimae Coupe, hanya 5 unit sahaja diperuntukkan kepada pelanggan Malaysia. Manakala tiada satu pun daripada 250 unit Ultimae Roadster terbang ke sini buat masa ini.

Model Aventador debut semasa acara Geneva Motor Show 2011 dengan enjin 6.5 liter V12 naturally-aspirated yang mampu menghasilkan output kuasa setinggi 690 hp dan 690 Nm. Supercar buatan Itali ini boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 2.9 saat dan kelajuan maksimum 350 km/j.

Sumber Gambar: Lamborghini

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.