Running Man merupakan antara rancangan aneka ragam yang bukan sahaja terkenal di Korea tetapi juga di seluruh dunia. Tidak lengkap setiap hari Isnin tanpa menonton rancangan tersebut yang tidak pernah gagal membuatkan peminatnya tertawa.

Terbaharu, agensi Lee Kwang Soo, King Kong by Starship dalam satu kenyataan rasmi telah mengesahkan khabar angin bahawa bintangnya, Lee Kwang Soo bakal meninggalkan Running Man selepas 11 tahun berada dalam rancangan tersebut dan 24 Mei adalah tarikh rakaman terakhirnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ez8dKvGVcAERVnD

Keputusan tersebut dilakukan kerana Lee Kwang Soo yang terlibat kemalangan kereta pada tahun lalu kerap menerima terapi fizikal dan sukar untuk mengekalkan keadaan fizikal terbaik ketika rakaman Running Man.

Tidak mudah untuk membuat keputusan ini, setelah berbincang lama dengan ahli Running Man, pihak produksi dan juga pihak agensi, maka beliau terpaksa akur untuk menunjukkan imej yang terbaik kepada para penonton kelak.

Pihak agensi turut mengucapkan terima kasih atas sokongan para peminat kepada Lee Kwang Soo selama ini. Berita ini cukup mengejutkan para peminat di seluruh dunia dan rata-rata peminat Lee Kwang Soo berasa sedih serta masih tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

https://twitter.com/yeolliewons/status/1386851374927777795

Malah, ada juga para peminat yang menerima keputusan Lee Kwang Soo untuk meninggalkan Running Man kerana bimbangkan kesihatan beliau dan berharap dirinya akan segera pulih. Nama Lee Kwang Soo kini ‘trending’ di Twitter dan para peminat meluahkan sokongan kepada dirinya. Adakah anda akan merindui Lee Kwang Soo selepas ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Running Man pada pautan di bawah ini.

Selepas BlackPink, Running Man Pula ‘Diserang’ Netizen Dari China

Ahli Running Man Turut Terjebak ‘Miming’ Lagu Bahasa Melayu Di TikTok

Bapa Kepada 5 Orang Anak Ini Terkejut Yoo Jae Suk Biayai Kos Rawatannya

Sumber