Sekiranya terdapat waktu yang sukar untuk Facebook, pastinya 14 hari yang berlalu ini merupakan antara waktu ingin dilupakan Mark Zuckerberg bersama pasukan. Hanya disebabkan Facebook disahkan campur tangan bersama Cambridge Analytica, kepercayaan orang ramai terhadap Facebook ini didapati semakin jatuh seterusnya menjejaskan saham syarikat ini.

Berdasarkan laporan terbaru, saham Facebook dilihat telahpun jatuh melebihi $80 bilion (~RM309 bilion) sepanjang 14 hari ini. Dikatakan kempen melibatkan #DeleteFacebook yang turut disokong oleh individu berpengaruh seperti Elon Musk turut menjadi punca.

1_waij0hz5LM0biwqU4LKuSw

Lebih parah, Facebook juga secara senyap telah ‘mencuri’ data pengguna Android dengan penyimpanan melibatkan waktu panggilan dan SMS pengguna sepanjang beberapa bulan sekaligus membuatkan orang ramai skeptikal terhadap platform ini.

Setakat ini Mark Zuckerberg telahpun memohon maaf terhadap insiden yang berlaku di Facebook dan juga di dada akhbar. Walaubagaimanapun, kempen #DeleteFacebook dilihat jauh mengatasi segalanya dan kemungkinan Facebook perlu mengambil masa yang lama untuk mengembalikan kepercayaan pengguna.

Zuck-TA-AP_17145748750763

Pada minggu ini, Facebook telahpun menawarkan fungsi privasi terbaru untuk membolehkan para pengguna menentukan apakah data yang ingin dikongsikan bersama Facebook dan juga pengguna lain. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui tentang Cambridge Analytica dengan lebih lanjut.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤