Pernah bergandingan dalam filem Dragon Tiger Gate pada tahun 2006, Nicholas Tse dan Donnie Yen kini akan muncul dalam filem baharu ‘Raging Fire’. Nama Nicholas Tse dan Donnie Yen cukup dikenali peminat karya dari China dan mereka yang menyukai filem penuh aksi.

Filem Raging Fire ini berkisahkan tentang pegawai polis yang cuba menangkap penjahat apabila operasi penangkapan penjenayah tidak berjalan lancar dan mereka berjaya melarikan diri bersama dadah. Dapat dilihat, Donnie Yen sebagai pegawai polis yang berjaya dan Nicholas Tse sebagai bekas pegawai polis menjadi penjahat selepas satu tragedi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui trailer yang dikongsi, pastinya filem ini akan bermain dengan emosi dan juga penuh aksi yang akan memberikan kepuasan kepada penontonnya. Untuk pengetahuan anda, filem ini telah mula dirakam pada tahun 2019 dan diarahkan oleh Benny Chan yang meninggal dunia pada tahun lalu disebabkan kanser.

Kemudian, filem ini diarahkan oleh Donnie Yen sendiri dan buat anda yang ternanti-nantikan sebuah filem padat dengan aksi dan pengisian, inilah filem yang patut anda tonton. Filem Raging Fire ini akan menemui anda di pawagam terdekat pada 30 Julai ini. Sama-sama kita nantikan!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Kampus Bukan Pampers’- Telatah Pengacara Ini Tersasul Ketika Live Buat Netizen Terhibur

Lebih 50 Tahun Bergelar Raja Gelek, M Daud Kilau Cari Pengganti Kerana Mahu Fokus Beribadah