Ketika ini hampir semua mempunyai akses internet dan boleh menghasilkan kandungan. Lebih-lebih lagi bila adanya smartphone, semua mampu hasilkan kandungan sendiri.

Melihat kembali 15 tahun lalu, kurang pencipta kandungan dan platfrom YouTube juga baru sahaja dilancarkan pada tahun 2005. Untuk kandungan dari Malaysia, antara kandungan terawal dan dan sentiasa diingati adalah ‘Geli Mat’, video parodi video muzik Thriller oleh Michael Jackson.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Video berkenaan memaparkan subtitle Bahasa Malaysia yang diterjemahkan mengikut gerak mulut penyanyi berkenaan. Ia tersangat tular sehingga ditularkan dan dikongsikan antara peranti menggunakan sambungan Bluetooth.

Tiada siapa yang tahu siapa pencipta di sebalik video-video parodi berkenaan dan baru-baru ini, seorang doktor bernama Farhan Razef berkata beliau adalah insan di sebalik terhasilnya video-video tersebut.

Katanya, ketika masih belajar ijazah perubatan di Dublin, Ireland pada tahun 2006 hingga 2008, Sekitar 2007 dia telah menghasilkan satu video YouTube bertajuk “Geli Mat”, video originalnya ialah daripada sebuah filem dari India.

“Lepas upload video itu YouTube, tak sangka video ini boleh jadi sensasi dan sangat popular. Bukan setakat di Malaysia, orang Malaysia yang berada di negara lain (termasuk di Australia) pun boleh tahu pasal video ini.

“Masa mula-mula buat video ini, memang tak bercadang hendak dedahkan identiti. Jadi tiada orang tahu siapa yang buat video itu. Memang sengaja buat macam itu sebab rasa seronok bila tengok kawan-kawan sendiri di sekeliling saya terkekek-kekek ketawa dan cuba tiru nyanyian dan tarian dalam video itu. Sampaikan ada yang boleh hafal lirik subtitle Melayu tu. Haha,” tulisnya.

Di saluran YouTube miliknya, MarilahBerbaikbaik turut dimuat naik beberapa video lain yang turut tular dan popular satu ketika dahulu antaranya Babak Sedih Daripada Legend Of Condor Heroes aka ‘Cirit Or Die’, Satu Filter, Telur-telur Tu, Gaban, Maggi Tom Yam dan banyak lagi.

Walaupun hanya melihat kejayaan dari belakang, beliau terharu dengan segala komen yang ditinggalkan terutamanya mereka yang berjaya kembali tersenyum selepas melihat video yang beliau hasilkan.

“Bila buat video-video ni, secara tak langsung tercapai juga matlamat saya. Antara yang saya paling tidak boleh lupa adalah bila ada seorang mamat ini komen kat salah satu video saya. Katanya dia tengah bergaduh dengan tunang dia, tapi dia ajak tunang dia sama-sama tengok video saya, masa tengok itu mereka tergelak sama-sama dan terus berbaik-baik Balik.

“Perghhh, cuba bayangkan betapa happy nya perasaan masa tu. Ada jugak komen-komen lain yang lebih kurang sama; daripada bergaduh terus jadi baik bila tengok dan ketawa sama-sama. Memang best. Kadang-kadang terasa diri ni macam superhero pula. Hehe,” tulisnya.

Pun begitu, Farhan berkata beliau turut tidak terlepas daripada menjadi mangsa kecaman netizen. Baginya, mustahil untuk puaskan hati semua orang. Janji apa yang beliau hasilkan tidak melampaui batas.

Beliau berterima kasih kepada mereka yang menyokong karya-karyanya sebelum ini dan seandainya beliau berkesempatan, Farhan akan hasilkan video terkini. Untuk mengetahui perkembangan terkini, boleh ikuti saluran YouTube MarilahBerbaikbaik (MBB) di sini.