Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Langkawi merupakan antara destinasi pilihan pelancong tempatan dan luar negara untuk bersantai bersama keluarga dan rakan. Umum mengetahui, selain menaiki kapal terbang, anda juga boleh menaiki feri untuk ke Langkawi.

Terbaharu, pihak pengurusan feri, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. mengumumkan kenaikan kadar tambang bagi laluan Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa hari ini.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menurut laporan, kadar kenaikan harga tiket adalah antara RM3 hingga RM11.50 melibatkan penumpang warga tempatan dan warga asing, manakala tambang bagi penduduk Langkawi, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas adalah kekal.

Harga tiket feri baharu bagi laluan Kuala Perlis-Langkawi adalah RM21 untuk dewasa dan RM16 bagi kanak-kanak, daripada masing-masing RM18 dan RM13. Manakala, bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi pula, harga untuk dewasa RM26.50 berbanding RM23 sebelum ini, bagi kanak-kanak pula RM20.50 berbanding RM17 sebelum ini.

“Bagi penumpang bukan warganegara pula, tambang bagi penumpang dewasa naik RM9 dan kanak-kanak RM6.50 menjadikan kadar tambang terbaharu masing-masing RM27 dan RM19.50,” kata Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd., Kapten Dr. Baharin Baharom

Bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah pula, harga tiket bagi penumpang tempatan dewasa dan kanak-kanak naik RM3.50, menjadikan tambang baharu RM26.50 dan RM20.50 bagi dua kategori tersebut.

“Sementara kadar tambang bagi penumpang bukan warganegara bagi laluan itu naik RM11.50 bagi dewasa dan RM8.50 kanak-kanak. Harga terkini tambang bagi warga asing adalah RM34.50 dewasa dan RM25.50 kanak-kanak,” jelasnya.

Difahamkan, kali terakhir kenaikan kadar tambang bagi laluan tersebut adalah pada 15 Disember 2007 iaitu RM5 bagi laluan Kuala Kedah dan RM3 bagi Kuala Perlis.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

Seperti ‘Tikam Belakang’ Stokis Dan Agen, Neelofa Umum HQ Jual Innai NunHa Di Shopee

Bersaing Jadi Peneraju Dalam Industri Fesyen, Permainan ‘Fashion Dream’ Kini Dilancarkan Secara Rasmi