Bagi mereka yang lahir tahun 80an dan awal 90an terutamanya, nama Avril Lavigne pastinya nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Artis wanita yang membawa genre pop-punk ini mula menempa nama menerusi lagu Complicated yang menjadi siulan ramai pada tahun 2002 yang lalu.

Pernah menjadi first crush ramai anak muda satu ketika dahulu, nama Avril Lavigne kembali menjadi perhatian apabila beliau secara rasmi membuka akaun rasmi miliknya di TikTok. Namun bukan Complicated yang menjadi pilihan Avril untuk video pertamanya di TikTok tetapi Sk8er Boi.

@avrillavigne

♬ Sk8er Boi – Avril Lavigne

Lagu yang dilancarkan pada tahun 2002 itu masih segar di ingatan peminat sehinggakan kita lupa sebenarnya lagu ini sudah berusia 19 tahun! Peminat Avril sendiri terpegun dengan wajah terkini Avril Lavigne yang ‘kekal remaja’ seperti dirinya pada tahun 2002. Avril kini berusia 36 tahun.

Tambah menarik apabila legenda dunia skateboarding sendiri, Tony Hawk turut membuat penampilan istimewa sebagai ‘skater man’. Tony sendiri sudah berusia 53 tahun tetapi masih bermain skate seperti orang muda.

Dalam masa tidak sampai sehari, Avril sudah menerima 670,000 pengikut dan videonya di TikTok sudah menerima hampir 10 juta tontonan. Beliau turut menggayakan persalinan ikoniknya; bertali leher dengan pakaian santai dalam video ini.

Pasti anda mempunyai kisah suka dan duka membesar dengan lagu Avril Lavigne. Walaupun sudah 19 tahun, masih segar lagi lagu Sk8ter Boi ini jika didengar kembali.

Ini pula beberapa artikel yang boleh menggamit kembali memori Y2K anda. Klik pada pautan di bawah.

Tonton Rakaman Konsert ‘Comeback’ My Chemical Romance Selepas 7 Tahun Menyepi

Segala Muzik Di Myspace Sejak 2003 Sehingga 2015 Telah Terpadam

26 Perkara Teknologi Yang Hanya Budak-Budak 80-an Dan 90-an Fahami