Drama bersiri Gerak Khas merupakan drama yang lama ditayangkan di kaca TV. Berkisahkan tentang pihak polis menyelesaikan pelbagai jenayah yang berlaku di Malaysia seperti kes pembunuhan, rompakan, penculikan dan banyak lagi.

Terbaharu, TV3 Malaysia telah berkongsi trailer Gerak Khas The Finale dan mengatakan drama siri itu akan ditayangkan di TV3. Untuk pengetahuan anda, kesemua drama siri Gerak Khas sebelum ini ditayangkan di saluran TV2.

Perkongsian tersebut membuatkan netizen terkejut dan tertanya-tanya kenapa siri akhir Gerak Khas ditayangkan di TV3 sedangkan sudah berpuluh tahun ditayangkan di RTM.

Malah, ada juga yang tidak sabar mahu menyaksikan pengakhiran siri ini yang seperti tiada penghujungnya. Tidak hanya itu, para netizen juga mengharapkan kemunculan sarjan ‘misai’ dan juga inspektor Mazlan.

https://twitter.com/itsfawwaze/status/1331842015374393350

https://twitter.com/youngajib/status/1331890519656435713

Drama Gerak Khas The Finale ini akan disiarkan mulai 4 Disember 2020, setiap Jumaat dan Sabtu jam 10.30 malam. Bagi anda peminat drama siri ini, jangan terlepas menontonnya.

Tahukah anda bahawa ‘Detektif Lingam’ telah buka warung Gerak Khas? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Bakal Pencen Tidak Lama Lagi, ‘Detektif Lingam’ Kini Buka Dapur Gerak Khas

Pelakon Gerak Khas Pula Ditahan Bantu Siasatan Kes Songlap Duit A. Aida