Kontrak kerjasama antara Malaysia Airlines dan Brahim’s Holdings akan tamat hujung bulan ini. Brahim’s Holdings yang menjadi katering dalam penerbangan Malaysia Airlines selama 25 tahun dijangka tidak akan diperbaharui kerjasama mereka.

Menurut sumber, Malaysia Airlines akan mengendalikan perkhidmatan katering dalam penerbangan sendiri di bawah anak syarikat MAS Awana dan kedua-dua syarikat tidak dapat berunding untuk melanjutkan kontraknya yang berakhir pada 30 Jun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan, perselisihan faham antara Malaysia Aviation Group (MAG) dan Brahim’s Airline Catering Sdn Bhd (BAC) berpunca daripada klausa penamatan dalam kontrak baharu yang sepatutnya ditandatangani oleh kedua-dua syarikat menyebabkan BAC mahu menarik balik kerjasama mereka.

Untuk pengetahuan anda, MAS Awana yang sebelum ini dikenali sebagai MAS Catering (Sarawak) Sdn Bhd, telah menyediakan hidangan dalam penerbangan untuk Malaysia Airlines, MASwings dan syarikat penerbangan asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, pihaknya mahu melabur rizab tunai berjumlah RM4.7 bilion untuk memindahkan sebahagian perkhidmatan Malaysia Airlines secara dalaman dan bekerjasama dengan vendor pihak ketiga baharu.

Sumber