Pelbagai kisah seram dan mistik yang pastinya anda pernah dengar tentang Highland Tower atau anda sendiri yang pernah mengalaminya. Malah, kisah bergenre seram tentang Highland Tower turut pernah dijadikan sebuah filem suatu ketika dahulu.

Terbaharu, kerajaan Selangor dikhabarkan dalam proses untuk mendapatkan kelulusan tapak Highland Tower. Difahamkan, tapak tersebut akan dibangunkan semula sebagai lokasi taman rekreasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengatakan bahawa pihaknya ada menerima surat daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenai isu pembangunan semula Highland Tower bulan lepas dan ia sedang diuruskan oleh jabatan terlibat.

Berikutan itu, terdapat pelbagai reaksi netizen dimana ada yang tidak bersetuju kawasan tersebut dibangunkan semula. Akan tetapi, ada segelintir netizen bersetuju jika dibangunkan untuk penanaman pokok atau taman rekreasi.

https://twitter.com/syedfahmy/status/1206458370833534976

Adakah anda bersetuju jika kawasan Highland Tower yang sudah terbiar sejak 25 tahun lalu dibangunkan menjadi taman rekreasi? Mungkin anda boleh berikan pendapat anda mengenai isu ini.

Tahukah anda bahawa ada lelaki ini yang berhasrat untuk berjumpa dengan bayi yang dia selamatkan ketika kejadian Highland Tower tersebut? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Lelaki Ini Berharap Dapat Bertemu Kembali Dengan Bayi Yang Diselamatkannya Ketika Tragedi Highland Tower 1993

Highland Tower Bakal Dirobohkan Selepas Sekian Lama

5 Tempat Terbiar Di Malaysia Yang Menyeramkan

Sumber