Pada Disember 2020 lalu, jualan produk minuman Nestlé Milo di Jepun terpaksa ditangguhkan sehingga Mac 2021 selepas mendapat permintaan Milo yang terlalu tinggi.

Difahamkan, penangguhan pengeluaran produk tersebut berpunca selepas tularnya satu ciapan oleh seorang pengguna Twitter yang berkongsi pengalaman testimoni beliau setelah meminum Milo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, tular pula satu ciapan oleh seorang pengguna Twitter, @TonanLeopard yang melaporkan bahawa pihak Nestlé Jepun kini sudah menjual kembali minuman Nestlé Milo selepas hampir tiga bulan ditangguhkan.

Menariknya, kali ini Nestlé Jepun buka pula kiosk kecik dan hanya menjual air Milo. Berdasarkan ciapan tersebut, jelas kelihatan bahawa kiosk Milo tersebut terletak di kawasan stesen kereta api Machida di Tokyo dan menu minuman utama yang menjadi pilihan sudah semestinya ‘Milo Ais’.

Tambah mengujakan, gerai minuman Milo ini bukan sahaja menawarkan minuman Milo yang biasa, tetapi juga hadir dengan penawaran dua variasi perisa yang baharu iaitu Milo dengan campuran buah-buahan seperti pisang dan kiwi, lapor halaman The Rakyat Post.

Lantaran tularnya ciapan itu, ada segelintir rakyat Malaysia yang berkesempatan untuk membalas komen yang disertakan sekali dengan gambar yang menunjukkan cara orang Malaysia menikmati minuman ‘Milo Ais’.

https://twitter.com/zamzamalkazam7/status/1368488569837264898?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1368488569837264898%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.therakyatpost.com%2F2021%2F03%2F07%2Fturns-out-japan-is-so-crazy-over-milo-ais-that-it-sells-out-everytime-malaysians-find-it-relatable-af%2F

https://twitter.com/Thehowardyeo95/status/1368774981094576129?s=20

Selepas hampir tiga bulan ‘merindui’ rasa minuman Milo, akhirnya pihak Nestlé Jepun berjaya juga melunaskan janji mereka kepada rakyat Jepun untuk menjual semula produk minuman Milo tepat bulan Mac tahun ini.

Baca lebih lanjut mengenai pengeluaran Milo di Jepun yang terpaksa ditangguhkan menerusi pautan di bawah ini.

Mengapa Nestlé Terpaksa Gantung Jualan Milo Di Jepun Sehingga Mac 2021

Air Milo Jadi Tanda Ingatan, Kisah Pekerja Myanmar Di Malaysia Ini Undang Sebak

Digelar Sebagai ‘Miloman’, Lelaki Ini Merupakan Pengumpul Barangan Keluaran Milo Seawal 1950