Sebelum ini, seorang model influencer dari Hong Kong, Abby Choi dilaporkan telah dibunuh dengan kejam apabila mayat mangsa ditemui telah dipotong dan disorokkan di beberapa tempat berasingan.

Akhirnya pihak polis berjaya menemui kepala model Abby Choi di sebuah rumah di Kampung Lung Mei, di daerah Tai Po dalam salah satu daripada dua periuk sup besar yang diambil polis pada hari Jumaat dari rumah tiga tingkat di Lung Mei Tsuen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi laporan, periuk-periuk itu dibawa ke bilik mayat pada Sabtu, dan pakar forensik menemui kepala dan rusuk ketika meneliti kandungannya.

Menurut Superintendan Alan Chung dari unit jenayah wilayah Kowloon West berkata, lubang berukuran 6.5cm kali 5.5cm ditemui di bahagian belakang tengkorak itu, dan pakar forensik percaya ia menjadi punca maut.

Pada masa sama, seorang lagi suspek, kekasih kepada bekas bapa mentua Choi ditahan menjadikan jumlah suspek kes pembunuhan kejam itu kepada lima orang.

Pihak berkuasa percaya Abby mempunyai ‘pertikaian kewangan’ dengan bekas suaminya dan keluarganya mengenai hartanah berharga 100 juta dolar Hong Kong (RM55.51 juta), yang dia telah merancang untuk menjualnya.

Polis dan pekerja Jabatan Perkhidmatan Saliran kembali ke Lung Mei Tsuen untuk memeriksa paip kumbahan di kawasan itu untuk mencari bahagian badan yang hilang.