Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Pada pertengahan Mac lalu, McDonald’s (McD’s) dilaporkan telah menutup semua pusat jualan dan restoran di Rusia secara rasmi ekoran pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Sebagai ganti, restoran bernama Uncle Vanya yang mempunyai logo serupa dengan McD’s telah dibuka,

Terbaharu, McD’s dilaporkan akan menjual perniagaannya di Rusia, selepas 32 tahun mengendalikan restorannya di negara itu. Pengendali makanan segera itu berkata krisis kemanusiaan yang disebabkan oleh pencerobohan Rusia dan persekitaran operasi yang tidak lagi menentu menyebabkan operasi restoran di negara itu ‘tidak lagi boleh dipertahankan’ atau ‘konsisten dengan nilai McD’s’.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Syarikat itu berhasrat untuk  mengalih keluar nama, logo, penjenamaan dan menu McDonald’s, sebelum ia dijual kepada pembeli tempatan.

Keputusan itu merupakan kali pertama McD’s mengambil langkah sedemikian dalam pasaran utama. Walau bagaimanapun, ia akan mengekalkan tanda dagangannya di Rusia walaupun syarikat itu tahu ‘glasnost‘ — dasar keterbukaan maksimum mengenai aktiviti dan kebebasan maklumat dalam sesebuah institusi negara — seperti keadaan yang sedang berlaku di Rusia ketika ini.

Tambah wakil McD’s itu lagi, keutamaan adalah memastikan 62,000 pekerja tempatan terus dibayar sehingga penjualan telah dipersetujui dan mereka boleh mendapatkan pekerjaan dengan pemilik baharu.

“Kami mempunyai komitmen terhadap komuniti global kami dan mesti kekal teguh dalam nilai kita. Dan komitmen kami terhadap nilai kami bermakna kami tidak lagi dapat memastikan ‘Arches’ bersinar di sana lagi,” kata Chris Kempczinski.

Kesetiaan dan dedikasi kepada McDonald’s oleh pekerja dan pembekal tempatan telah membuatkan pengumuman mengenai penjualan syarikat menjadi ‘amat sukar’.

Dalam surat yang diberikan kepada setiap pekerjanya; “Adalah mustahil untuk mengabaikan krisis kemanusiaan yang disebabkan oleh perang di Ukraine. Dan mustahil untuk membayangkan gerbang emas yang mewakili harapan dan janji yang sama yang membawa kami memasuki pasaran Rusia 32 tahun lalu.”

Penjualan yang dirancang itu dibuat selepas McDonald’s berkata pada bilan Mac lalu bahawa ia menutup sementara 850 restorannya di Rusia, termasuk tapak utamanya di Dataran Pushkin, Moscow yang merupakan outlet pertama di negara itu pada 31 Januari 1990.

Syarikat-syarikat di seluruh dunia mempertimbangkan semula hubungan mereka dengan Rusia selepas Amerika Syarikat, Eropah dan Amerika Utara berusaha untuk mengasingkannya dari segi ekonomi dengan sekatan pada sekitar awal tahun ini.

Dengan logo McD’s diterbalikkan 90 darjah, ‘Uncle Vanya’ menjadi pengganti kepada rangkaian kedai makanan segera di negara Rusia.

Jenama Uncle Vanya Gantikan McDonald’s Di Rusia Dengan Logo Yang Hampir Sama

Rakyat Rusia Beratur Dapatkan Hidangan Terakhir McDonald’s Sebelum Ditutup Akibat Perang

Kesan Perang, Hidangan ‘A La Carte’ Burger Big Mac Dijual Pada Harga RM150 Di Rusia