Perkahwinan Neelofa dan PU Riz sebelum ini mendapat perhatian ramai disebabkan berlaku pelanggaran SOP. Menerima kritikan ramai, selepas 33 hari kes ini disiasat, pasangan Neelofa dan PU Riz kini dikenakan kompaun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 manakala PU Riz pula sebanyak RM10,000 dan tiada diskaun diberikan kerana melakukan dua kesalahan.

Bagi keluarga pasangan tersebut seramai 20 orang yang hadir ke majlis perkahwinan tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM30,000 secara menyeluruh menjadikan jumlah kompaun yang perlu dibayar adalah RM60,000.

Tambahnya, kesalahan pertama Neelofa selaku penganjur gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial dimana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah mereka berlangsung.

Malah, pasangan suami isteri itu juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis.

Bagi anda yang terlepas isu berkaitan Neelofa ini, anda boleh baca artikel pada pautan di bawah ini.

Belum Ada Tindakan Ke Atas Neelofa Dan PU Riz, Pendakwa Raya Kembalikan Kertas Siasatan Kepada Polis

Disiasat Kerana Tidak Patuhi SOP, Polis Cadang Neelofa Dan PU Riz Dikenakan Kompaun

Tiada Pembukaan Cawangan Baru, Netizen Bengang Chatime Cuba ‘Backup’ Alasan Neelofa Ke Langkawi

Sumber