Sebut mengenai pegawai polis yang mesra dan disenangi ramai pastinya nama Nik Ezanee Mohd Faisal antara yang bakal tersenarai. Kerajinan beliau dalam menyelesaikan tugas serta membawa karakter yang positif antara yang membuatkan beliau diharapkan ramai dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau bersama empat lagi pegawai polis antara yang menerima keputusan mengejut pada 21 Disember 2021 lalu apabila terlibat dalam pertukaran jawatan serta-merta di mana Nik Ezanee telah ditugaskan sebagai juruiring polis kepada Perdana Menteri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: the smart local

Terbaharu, selepas 4 bulan bertugas, Nik Ezanee Mohd Faisal dilaporkan bakal kembali ke lapangan selepas Perdana Menteri bersetuju dengan hasrat yang disuarakannya pada 2 April lalu selepas pulang dari Jakarta, Indonesia.

“Selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri pada 2 April lalu, saya juga membuat permohonan pertukaran dalam sistem penjawatan PDRM dan buat masa sekarang masih lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri,” katanya kepada Astro Awani.

Difahamkan keputusan itu dibuat beliau selepas mempertimbangkan pengalaman dan kebolehan yang dimilikinya untuk terus berkhidmat secara langsung di bawah PDRM dan berkhidmat kepada rakyat.

Untuk pengetahuan, beliau sebelum ini memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor sebelum dilantik sebagai juruiring polis kepada Perdana Menteri.

Tular pada hari ini apabila dilaporkan TMJ menawarkan khidmat peguam percuma bagi menjalan arahan memerhati kes penderaan Bella.

TMJ Tawar Khidmat Peguam Percuma Jalankan Arahan Memerhati Kes Penderaan Bella

Che Puan Khaleeda Ikrar Mahu Bantu Tuntut Keadilan Untuk Bella