Sebut sahaja Train to Busan, pastinya ramai yang masih ingat akan adegan penuh debaran dan emosi dalam filem tersebut. Akhirnya, filem sekuel Train to Busan akan menemui anda pada tahun ini.

Difahamkan, filem sekuel ini yang dikenali sebagai Peninsula akan membawakan anda memaparkan keadaan survivor, 4 tahun selepas kejadian tersebut. Filem ini dibintangi oleh Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kim Min Jae, Kwon Hae Hyo, Go Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re, dan Lee Ye Won.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

peninsula-poster-1

peninsula-poster-0

Perkongsian poster filem Train to Busan: Peninsula ini pasti membuat anda teruja dan mendapat bayangan suasana dan adegan dalam filem ini. Mana tidaknya, dapat dilihat banyak zombie yang berkeliaran dalam poster dimana dengan melihat sahaja sudah terasa debarannya.

Akan tetapi, tarikh rasmi tayangan filem sekuel Train to Busan ini masih belum diketahui. Diharap tayangan filem ini tidak akan dipengaruhi dengan wabak Coronavirus. Sama-sama kita nantikan filem ini di pawagam kelak.

Sebelum ini, beberapa filem dari China terpaksa ditangguhkan tayangannya kerana wabak Coronavirus. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Gara-Gara Wabak Coronavirus, Empat Filem Dari China Ini Terpaksa Ditangguhkan Tayangan Di Malaysia

Stephen Chow Sahkan ‘Kung Fu Hustle 2’ Sudah Mulakan Penggambaran Selepas 15 Tahun

5 Filem ‘Hits’ Tentang Wabak Yang Anda Patut Tonton

Sumber