Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Filem Pengabdi Setan merupakan antara filem seram yang mendapat sambutan hangat di Indonesia dan juga Malaysia. Pengakhiran di dalam filem pertama Pengabdi Setan pertama membuatkan ramai orang tidak berpuas hati dan ternanti-nanti sekuel filem tersebut.

Terbaharu, Joko Anwar iaitu pengarah filem Pengabdi Setan telah mengesahkan filem sekuel Pengabdi Setan akan ditayangkan di pawagam terdekat tahun ini. Pengumuman ini turut dikongsikan oleh Bront Palarae iaitu antara pelakon dalam filem tersebut sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda, sekuel pertama Pengabdi Setan ini telah ditonton lebih dari 4.2 juta penonton dan dinobatkan sebagai filem seram terlaris di Indonesia pada tahun 2017.

Lantaran pengumuman itu, rata-rata netizen berasa tidak sabar mahu menonton filem sekuel Pengabdi Setan ini. Malah, para netizen juga mengatakan sudah lama menantikan saat ini tiba.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut berkongsi dialog-dialog ikonik dalam filem Pengabdi Setan pertama dan mahukan filem sekuel ini lebih seram. Walau bagaimanapun, tarikh rasmi tayangan filem Pengabdi Setan 2: Communion ini masih belum diketahui.

Sementara itu, apa kata anda lihat ‘house tour’ Pengabdi Setan pada pautan di bawah ini.

Video ‘Tour’ Ke Rumah Sebenar Pengabdi Setan Di Indonesia Buat Netizen Seram Sejuk

Filem Pengabdi Setan Beri Soal Bagaimana Sebenarnya ‘Setan’ Melihat Kita