Selepas Kanye West dilihat buat pertama kali menyarung adidas UltraBOOST 1.0 dalam salah satu konsertnya pada Mei 2015, model UltraBOOST terus menjadi antara model paling ‘panas’ adidas sehingga ini.

Walaupun bukan model pertama yang dilengkapi oleh BOOST (model pertama adalah Enery BOOST pada tahun 2013), UltraBOOST adalah model yang memulakan fenomena BOOST buat adidas kerana keselesaannya.

Sebagai menghargai ‘jasa’ model ini, adidas akan menjual semula model ikonik UltraBOOST 1.0 ‘Triple White’ cukup 5 tahun model ini berada di pasaran.

https://www.instagram.com/p/B_3-fLKDGM0/

Semua kemasan asal UltraBOOST seperti corak pada kain Primeknit, tulisan UltraBOOST berwarna silver di bahagian heel cage dan tapak hitam dengan ‘spike’ akan dikekalkan bagi memberi feel yang sama buat pembeli.

Model UltraBOOST 1.0 ‘Triple White’ ini akan mula dijual pada 17 Mei ini di laman rasmi adidas.com pada harga USD180 (~RM780) dan kemungkinan besar akan turut masuk pasaran Malaysia. Jika 5 tahun lepas anda terlepas untuk membelinya, ini peluang kedua anda.

Dalam berita lain, Supreme telah ‘menang’ dalam perang memerangi jenama tiruan mereka di China. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Jenama ‘Copy Ori’ Supreme Akhirnya Tewas Di China

‘Superstan’ Model Baharu Hasil Gabungan adidas Superstar Dan Stan Smith

Empayar Yeezy Bantu Kanye West Raih Status Billionaire