Pernah terbakar pada Februari 2018, bangunan lama KWSP di Jalan Gasing di sini terbakar lagi kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Memetik Buletin TV3, kebakaran melibatkan  tingkat 4 dan tingkat 5. Pihak bomba bergegas ke tempat kejadian dan api dapat dikawal pada jam 11.08 pagi.

Baca Juga:

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor ketika dihubungi Harian Metro memaklumkan pihaknya akan memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian yang berlaku itu

Untuk rekod, pejabat bersejarah enam tingkat ini yang dibina pada  1960 pernah berfungsi sebagai ibu pejabat KWSP selama 35 tahun sebelum berpindah ke ibu pejabat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sumber