Mulai diumumkan beberapa tahun sebelum ini mengenai cawangan A&W Malaysia di Petaling Jaya bakal ditutup kerana tidak laku, berita tersebut telah membuatkan orang ramai kembali memberi sokongan terhadap rangkaian kedai makan yang ikonik ini.

Kehadiran orang ramai sekaligus memberi sinar harapan buat A&W Malaysia sebelum diambil alih oleh syarikat pengurusan yang lain bagi mengembalikan zaman kegemilangan rangkaian kedai makan ini seperti suatu ketika dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
MG_6354-2-copy
Sumber: Octane Heads

Walau bagaimanapun, meskipun kini A&W Malaysia mulai kembali mendapat tempat di hati pengguna Malaysia, A&W Malaysia baru-baru ini telah memaklumkan mereka sukacitanya bakal menutup cawangan ikonik mereka di Petaling Jaya.

Difahamkan penutupan cawangan ini adalah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan. Untuk pengetahuan, tanah yang menjadi milik Inter Mark Resources Sdn Bhd ini sebelum ini telah dipajak kepada Kasmuncak Holdings Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada rangkaian A&W di Malaysia sebelum diambil semula.

Untuk pengetahuan, cawangan berusia 55 tahun ini merupakan cawangan kedua A&W Malaysia dan merupakan cawangan pertama dengan kemudahan pandu lalu. Dalam pada itu, dilaporkan pihak A&W Malaysia sedia untuk membuka lebih 20 cawangan A&W seluruh Malaysia pada tahun ini.

3_24
Sumber: The Star

Masihkah anda masa untuk anda melawat cawangan A&W Malaysia di Petaling buat kali terakhir? Sudah tentu memandangkan cawangan ini bakal dibuka buat enam hingga lapan bulan terakhir ini.

Buat penduduk sekitar Petaling Jaya, pastinya restoran ikonik berusia 55 tahun ini meninggalkan pelbagai kenangan buat anda. Berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum ditutup, mungkin sudah tiba masanya anda berkunjung buat kali terakhir sebelum dirobohkan buat selama-lamanya.

Sebelum ini, pihak A&W Malaysia telah memaklumkan bakal menurunkan harga makanan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

A&W Bakal Menurunkan Harga Makanan Bagi Memenuhi Permintaan Pelanggan

A&W Tawar Promosi Minuman Root Beer Float Dengan Harga RM1

Restoran Ikonik A&W Seremban Bakal Tutup Januari ini

Sumber