Buat peminat setia kumpulan alternative rock My Chemical Romance (MCR), pasti menantikan karya baharu daripada kumpulan ini. Cuma ianya agak mustahil kerana kumpulan ini sudah ‘berpecah’ pada tahun 2013.

Setiap ahli kumpulan MCR kini membawa diri ke haluan masing-masing dan ada yang turut membuat kumpulan muzik mereka sendiri. Bagi vokalis MCR, Gerard Way pula kini sibuk dalam rangka promosi siri yang kini sedang meletup di Netflix, Umbrella Academy.

1080x1080_digital-article
HYPE
Ini Cara Mudah Tebus Aiskrim Dan Air Kotak Percuma Khas Untuk Pelanggan Shell & BonusLink
Baca lagi →

Selepas era MCR, beliau kurang menghasilkan lagu baharu tetapi beralih arah dalam menghasilkan komik pula. Selain Umbrella Academy, beliau turut sama menulis untuk siri Doom Patrol.

Sejak kurang aktif dalam bidang nyanyian, Gerard jarang muncul di khayalak ramai dan apabila beliau muncul bagi mempromosikan siri Umbrella Academy, ramai yang agak terkejut wajahnya yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan zaman kegemilangannya bersama MCR.

Gerard Way 1

Gerard Way di sidang media Umbrella Academy

Tetapi itu bukan masalah utama bagi peminat setia MCR. Yang mereka mahukan adalah MCR kembali bersama. Paling hampir untuk anda mendengar MCR kembali ketika ini adalah menerusi OST Umbrella Academy, Hazy Shade Of Winter nyanyian Gerard Way dengan petikan gitar Ray Toro, gitaris MCR.

Tahun lalu, channel MCR di YouTube memuat naik beberapa video never seen before MCR yang membuatkan peminat setia mereka teruja memikirkan kemungkinan kumpulan ini akan kembali bergabung. Sehingga kini, masih tiada berita rasmi bila kumpulan ini akan bersatu kembali.

Mungkin Gerard tidak lagi ‘sejambu’ dahulu tetapi beliau tetap insan yang sama. Harapnya selepas Umbrella Academy ini, Gerard dan ahli MCR yang lain akan bersua muka dan kembali membuat tour bersama. Walaupun perlu menanti beberapa tahun lagi, peminat akan terus setia menunggu.

Anda Mungkin Suka