Pada awal bulan Mei lalu, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa dan suaminya didapati telah melanggar SOP ketika waktu itu di mana mereka berdua telah merentas negeri ke Nilai 3 untuk membeli karpet.

Hari ini, Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskan Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Ismail daripada tuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Neelofa dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

Manakala suaminya pula, Muhammad Haris, didakwa atas dua kesalahan di mana beliau gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai.

Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling menarik balik semua pertuduhan. Bagaimanapun pihak mahkamah menetapkan 21 Disember ini bagi membuat keputusan membebaskan kedua-dua tertuduh berkenaan.

“Pihak pendakwaan juga sudah menerima dokumen representasi yang kita dikemukakan sebelum ini dan Peguam Negara sudah bersetuju bahawa perkara ini bukanlah begitu besar tetapi dibesar-besarkan.

“Satu proses kompaun akan berlaku sama ada hari ini atau esok (norminal amaun) dan selepas kita bayar kita datang balik, sebab kompaun bukan sesuatu perintah yang sama dengan didapati bersalah. Ia neutral tidak ada rekod langsung.

“Kita akan kembali di sini pada 21 Disember nanti untuk keputusan dilepaskan dan dibebaskan.

“Sungguhpun ketiga-tiga tuduhan itu kita boleh lawan dan mungkin dengan senang kita boleh menang, tapi ia akan berlarutan,” kata peguam bela Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah.

Tambah beliau lagi, perkara itu tidak harus dipanjangkan atau berlarutan kerana keadaan Neelofa yang sedang hamil dan tidak sesuai kes berkenaan terus berjalan.

Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Neelofa dan suaminya bakal berdepan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum ini kedua-dua pasangan terbabit didakwa tidak melakukan kesalahan rentas negeri, sebaliknya hanya melanggar SOP PKPB ketika waktu itu. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Hanya Dituduh Langgar SOP PKPB, Neelofa Dan Suami Tidak Didakwa Rentas Negeri

Berhimpun Dan Beraya Sakan, Neelofa Sekeluarga Didakwa Langgar SOP Sekali Lagi

Sumber