Kalau anda tidak familiar dengan American Ninja Warrior ianya sebuah rancangan tv yang memaparkan pelbagai atlet yang cuba melepasi halangan halangan yang sukar.

Bukan calang calang orang yang mampu melepasi semua halangan dalam rancangan tv ini. Bayangkan hanya selepas 7 musim baru ada yang berjaya menjadi pemenang American Ninja Warrior.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Peringkat ketiga dan terakhir yang digelar “Mount Midoriyama” antara yang paling sukar untuk dilepasi. Namum semalam bukan seorang yang berjaya tapi dua orang atlet berjaya melepasi halangan tersebut.

Ya, ini menjadikan American Ninja Warrior ada dua pemenang. Tapi pemenang utama ialah Isaac Caldiero dari Colorado yang berjaya menewaskan pencabarnya dalam pusingan penentuan iaitu memanjat tali setinggi 75 kaki dengan catatan masa 3 saat lebih pantas. Kejayaan Caldiero membolehkannya membawa pulang $1 juta USD.

Tonton aksi mengagumkan beliau pada peringkat akhir di bawah.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram