Kes mahkamah antara legenda sukan bola keranjang, Michael Jordan dan sebuah jenama dari China, Qiaodan Sports sudah berlarutan lebih 8 tahun. Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi China telah berpihak kepada Jordan Brand dan membuktikan negara berkenaan kini mengambil berat perihal hak harta intelek untuk jenama asing di China.

Pelbagai perkara yang diambil kira ketika Jordan mengambil keputusan untuk menyaman jenama dari China ini. Pertamanya sudah semestinya pada logonya yang sangat mirip logo Jordan Brand. Keduanya, Qiaodan yang sebenarnya adalah sebutan Jordan dalam bahasa Cina dan Ketiga rekaan kasut Qiaodan Sports yang turut meniru beberapa rekaan kasut Jordan Brand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
qiaodan insert
Antara koleksi menarik Qiaodan Sports. Kredit gambar: Chen Xiaogen/Visual China Group/Getty Images

“Keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi ini bukan sahaja mengiktiraf jenama Jordan di seluruh China, tetapi turut melindungi hak intelek jenama ini,” kata peguam harta intelek dari firma Beijing Conzen Law Firm.

Qiaodan Sports adalah sebuah jenama yang berpengkalan di daerah Fujian dan sudah berada di pasaran sejak 2000. Qiaodan kini dilarang menggunakan nama Qiaodan dan perlu menukar logo ‘ikonik’ mereka kepada satu logo yang baharu kerana nama dan logo berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan kepada pengguna Nike dan Jordan Brands.

https://www.instagram.com/p/B5X64IGnG2G/

Kes ini pastinya akan menjadi pengajaran kepada syarikat lain di China supaya hadir dengan identiti sendiri serta tidak meniru jenama besar untuk berjaya dalam bisnes yang mereka usahakan.

Supreme juga antara jenama yang tidak terlepas daripada menjadi mangsa ciplak. Baca lagi tentang kes Supreme pada pautan di bawah.

Supreme Italia Buka Pula Butik ‘Flagship’ Di Shanghai, China

Mahkamah Haramkan Penjualan Range Rover Ciplak Di China

Bagaimana Doktor Ini Terjebak Menjadi Tokan Kasut ‘Fake’ Di China

Sumber