Umum tahu apabila berbincang mengenai kamera, jenama-jenama seperti Canon, Nikon dan Sony antara jenama yang menjadi pilihan ramai. Walau bagaimanapun, jenama seperti Olympus nampaknya masih mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Terbaharu, jenama ini dilaporkan sedang dalam cadangan untuk menjual bisnes kamera mereka. Langkah ini dibuat selari dengan hasrat CEO Olympus, Yasuo Takeuchi yang mahu menstruktur semula syarikat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
olympus-pen-e-pl9-review-hero
Sumber: Digital Trends

Selain penjualan bisnes kamera mereka, syarikat ini juga dijangka bakal membuang pekerja untuk mengurangkan kos operasi.

Meskipun ramai yang mengenali jenama ini daripada kamera keluarannya, jenama ini lebih menumpukan kepada penjualan endoskop yang merangkumi 70% keuntungan Olympus berbanding bisnes kamera mereka yang meliputi cuma 6% sahaja.

Semua ini disebabkan peralihan teknologi dimana kamera digital tidak lagi digunakan oleh orang ramai sebaliknya telefon pintar antara yang menjadi pilhan.

Pada tahun lalu, GoPro turut mengumumkan perkara yang sama selepas gagal memperoleh keuntungan seperti yang dimahukan. 

Gagal Peroleh Keuntungan Yang Tinggi, Syarikat GoPro Sedia Untuk Dijual

Gambar Oleh Jurugambar Dari Malaysia Ini Mendapat Perhatian ‘Rangefinder Magazine’