Umum tahu apabila berbincang mengenai kamera, jenama-jenama seperti Canon, Nikon dan Sony antara jenama yang menjadi pilihan ramai. Walau bagaimanapun, jenama seperti Olympus nampaknya masih mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Merekodkan kerugian untuk tiga tahun berturut-turut seolah memberi cukup sebab untuk jenama ini menamatkan sektor penawaran kamera buat para pengguna.

camera-audio_img_1200

Difahamkan kehadiran telefon pintar dengan kamera yang canggih antara yang membunuh pasaran kamera digital sekaligus membuatkan jenama ini terkubur. Selain itu, masalah skandal kewangan pada tahun 2011 melibatkan pengurus besar jenama ini antara yang turut memberi kesan.

Meskipun ramai yang mengenali jenama ini daripada kamera keluarannya, jenama ini lebih menumpukan kepada penjualan endoskop yang merangkumi 70% keuntungan Olympus berbanding bisnes kamera mereka yang meliputi cuma 6% sahaja sebelum ini.

861x576x2
Sumber: lomography

Semua ini disebabkan peralihan teknologi dimana kamera digital tidak lagi digunakan oleh orang ramai sebaliknya telefon pintar antara yang menjadi pilhan. Walau bagaimanapun, kehadiran kamera jenama Olympus yang penuh dengan kisah ini pastinya akan menjadi rebutan para peminat kamera serta pengumpul barangan vintaj.

Lihat juga kualiti gambar Canon EOS-1D Mark III yang merupakan DSLR terbaik pernah dihasilkan jenama ini.

Lihat Kualiti Gambar EOS-1D Mark III, DSLR Terbaik Pernah Dihasilkan Canon

iPhone 11 Pro Max Tidak Lagi Tersenarai 10 Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik

Sumber