Mahkamah pentadbiran utama Turki semalam telah membatalkan keputusan kabinet pada tahun 1934 dan telah membenarkan kerajaan Turki untuk kembali menukarkan fungsi Hagia Sophia daripada sebuah muzium kepada sebuah masjid.

Tapak warisan dunia ini dibina pada abad ke-16 oleh Kaisar Byzantine, Justinian, sebagai gereja katedral. Setelah Kesultanan Turki Uthmaniyyah menduduki Konstantinopel – kemudian dikenali sebagai Istanbul – gereja tersebut kemudian diubah menjadi masjid.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejak ditukar fungsinya pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul. Ia telah berfungsi kira-kira 500 tahun sebagai tempat ibadah penganut Islam dan telah menjadi model kepada masjid-masjid yang ada di sekitar Istanbul.

Ketika Kerajaan Uthmaniyyah mengundurkan diri dan diganti sebagai republik pada tahun 1934, Hagia Sophia kemudian diubah menjadi muzium oleh pemimpin Republik Turki yang pertama iaitu Mustafa Kamal Attaturk.

Usaha untuk menukar Haghia Sophia menjadi masjid sebenarnya sudah dimulakan oleh organisasi Islam konservatif, iaitu Kesatuan Pekerja Yayasan Agama (Diyanet Bir-Sen).

Parti pemerintah dan AKP juga telah lama melobi agar status Hagia Sophia diubah menjadi masjid. Pada tahun 2015, pemerintah Turki mengadakan acara keagamaan di Hagia Sophia, pertama kali dalam tempoh 80 tahun.

Pada tahun 2019 pula Presiden Recep Tayyip Erdogan mengatakan “adalah kesalahan besar untuk mengubah (Hagia Sohpia) menjadi muzium,” di mana dia telah berjanji untuk mengembalikan fungsi bangunan bersejarah itu sebagai masjid.

Dalam satu kenyataan lain, perubahan Hagia Sophia daripada sebuah muzium kepada sebuah masjid telah mendapat reaksi berbeza dari UNESCO yang menyifatkan bahawa apa-apa perubahan terhadap Tapak Warisan Dunia perlu ditinjau oleh UNESCO terlebih dahulu.

“Sebuah negara mesti memastikan bahawa tidak ada perubahan yang luar biasa dari tapak yang telah didaftarkan di wilayahnya,” tulis UNESCO seperti yang dipetik oleh The National pada hari Jumaat.

UNESCO memohon agar kerajaan Turki mengadakan satu sesi dialog sebelum membuat keputusan yang dapat mengubah nilai tapak tersebut.

Terdahulu, pemimpin gereja mahu Hagia Sophia dijadikan tempat ibadah untuk penganut Kristian dan Islam. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pemimpin Gereja Mahu Hagia Sophia Dijadikan Tempat Ibadah Untuk Penganut Kristian Dan Islam