Penularan wabak pandemik COVID-19 menyaksikan banyak perniagaan terpaksa gulung tikar dan terbaharu, Coliseum Cafe Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah tutup operasi buat selamanya.

Tidak sempat menyambut ulang tahun ke-100, kafe ikonik Kuala Lumpur yang popular dengan masakan gaya barat Hainan dan nostalgia era kolonial itu tidak dapat diteruskan operasi selepas tempoh sewaan di bangunan tersebut tamat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Pengurus Bahagian Pemasaran Francais, Azrain Azman, Coliseum Cafe sebenarnya sudah terkesan sejak pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu. Kafe tersebut hanya bergantung kepada pelanggan yang ‘dine-in’ dan disebabkan PKP pelanggan tetap tidak dapat datang ke kafe.

https://www.instagram.com/p/B0A8KpQJ-Ip/

Walau bagaimanapun, tiga cawangan lain yang terletak di Plaza 33 di Petaling Jaya, MidValley Megamall dan IOI City Mall Putrajaya masih beroperasi. Malah, beberapa barangan ikonik termasuk kerusi dan alatan makan yang berusia seabad dengan sebilangan pinggan mangkuk lama di kafe itu dipamerkan di cawangan IOI City Mall.

Untuk rekod, Coliseum Cafe Kuala Lumpur di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah beroperasi sejak 1921 dan menurut sejarah, kafe ini hanya terbuka untuk komuniti Inggeris yang bekerja dan menetap di Tanah Melayu pada satu ketika dahulu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Ucapan ‘Terima Kasih’ Abang Ambulans Kepada Pemandu Triton Buat Orang Ramai Tersentuh

Netizen Sayu Lihat Feri Ikonik Pulau Pinang Dibiar Tenggelam Di Sungai Perai

Peminat Sebak Dan Sedih Tonton Sedutan Episod Terakhir Lee Kwang Soo Dalam Running Man