Belum sempat filem yang diadaptasi daripada permainan telefon pintar, Angry Bird tamat ditayangkan di pawagam, kini tiba giliran sebuah lagi game yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu iaitu Fruit Ninja dijadikan filem.

2fruitninja

Halfbrick Studios selaku pembangun kepada aplikasi Fruit Ninja bakal bekerjasama dengan Vinson Films untuk menjayakan filem ini. Untuk pengetahuna anda Vinson Films merupakan studio yang pernah berjaya dengan filem San Andreas dan The Number 23. Apa yang lebih menarik, filem ini akan berkonsepkan ‘ live-action family comedy’.

Masih belum terdapat plot atau tarikh keluar mengenai filem yang akan diterbitkan ini. Kami tertanya-tanya tentang bagaimana filem ini akan dimainkan. Harap Fruit Ninja movie ini akan mengikut jejak langkah Angry Bird yang hadir sebagai sebuah filem underdog yang sangat menghiburkan.

Sumber