Apple sememangnya sebuah jenama yang hadir dengan ‘inovasi’ yang sering menerima kecaman daripada orang ramai. Jenama ini pernah menawarkan iPhone tanpa headphone jack yang memaksa orang ramai menggunakan EarPods, AirPods atau earphone dengan sokongan bluetooth.

Siapa sangka di sebalik kecaman yang diterima, apa yang dilakukan Apple nampaknya telah mula diikuti oleh jenama-jenama lain sekaligus menjadi kebiasaan pada telefon pintar keluaran tahun ini.

Barclays-iP12-remove-charger-earpods
Sumber: Mac Rumors

Terbaharu, hadir pula sebuah ura-ura terbaru dimana Apple mungkin tidak lagi menawarkan pengecasan atau charger bersama kotak jualan model iPhone terbaru. ‘Inovasi’ yang bakal dibuat telah menerima kecaman dan kritikan ramai.

Siapa sangka selang seminggu selepas ura-ura daripada Apple hadir, Samsung dijangka bakal mengikut jejak langkah yang sama menerusi model terbaru mereka.

151434-phones-news-feature-samsung-galaxy-note-20-release-date-rumours-specs-and-leaks-image8-n6qucmoziq

Difahamkan tujuan Samsung tidak menawarkan charger pada kotak jualan mereka adalah bagi mengurangkan kos disamping mengelakkan lambakan charger yang sama oleh pengguna.

Melihat kepada usaha yang dilakukan, nampaknya para pengguna mungkin perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan charger selepas ini sama ada melalui telefon pintar daripada jenama Apple mahupun Samsung.

Samsung dijangka bakal memperkenalkan Samsung Galaxy Note 20 seawal bulan hadapan dalam usaha untuk menyaingi Apple iPhone 12. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model flagship terbaru Samsung ini.

Lebih Premium Dan Eksklusif, Samsung Galaxy Note 20 Bakal Hadir Dengan Warna ‘Mystic Bronze’

‘Wallpaper’ Ini Mampu Buatkan Telefon Pintar Keluaran Samsung Gagal Berfungsi?

Sumber