Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan laporan ketukan pintu misteri di beberapa kampung yang terletak di daerah Sabak Bernam, Selangor. Kini selepas berakhir di kawasan berkenaan dan beberapa minggu kemudian,  ketukan misteri berkenaan dilaporkan sudah merebak sehingga ke Melaka.

Malah lebih mengejutkan ramai pihak apabila ketukan misteri tersebut berjaya dirakam dan telah dikongsikan di media sosial. Difahamkan kejadian tersebut telah terjadi di kawasan Taman Bukit Katil Damai.

Dalam perkongsian video berikut, ketukan tersebut difahamkan telah terjadi sewaktu jam sekitar satu hingga tiga pagi malah lebih mencurigakan ketukan tersebut dilakukan pada pintu gelangsar maka tiada kelibat yang dapat dilihat sewaktu kejadian misteri tersebut.

https://twitter.com/i/status/1335474350292520960

Beberapa hari lepas kejadian mencurigakan ini telah mendapat perhatian penduduk di Melaka apabila mangsa kejadian misteri tersebut mengesahkan perkara berkenaan dan turut dilaporkan oleh Sinar Harian dan Harian Metro.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Sinar Harian, salah seorang penduduk di kawasan Kampung Paya Rumput Masjid Tanah telah melaporkan bahawa beliau terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi ketukan yang kuat datang dari arah rumah anak saudaranya.

Rupa-rupanya bukan rumahnya sahaja yang mengalami situasi itu malah beberapa jiran lain turut mendakwa rumah mereka diketuk dengan kuat.

“Setakat ini penduduk sudah maklumkan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan pihak masjid yang menasihatkan penduduk berhati-hati dan tidak membuka pintu,” jelas beliau seperti dipetik Sinar Harian.

Menguatkan lagi dakwaan individu berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi kawasan Paya Rumput, Azman Abu Hassan juga mengesahkan bahawa beliau telah menerima lima aduan daripada penduduk lain mengenai insiden itu.

Selepas mendapat beberapa aduan berkenaan situasi yang sama, beliau telah mengadakan bacaan surah Yassin secara beramai-ramai pada malam jumaat yang lalu malah beliau dan akan meneruskan perkara itu pada setiap malam Jumaat.

Bagaimanapun, walaupun terdapat bukti bagi menyokong dakwaan tersebut, terdapat beberapa warganet yang seolah-olah tidak mempercayai kejadian itu disebabkan makhluk halus.

Mereka berpendapat bahawa kejadian tersebut disebabkan angin yang kuat dan menasihatkan rakyat Malaysia yang lain supaya tidak mempercayai perkara karut tersebut.

“Maaf tapi aku rasa ni angin la sebab perkara ini sangat biasa lagikan musim hujan yang berlaku pada hujung tahun ini,” komen netizen.

“Rumah lama saya selalu je jadi macam ni tiap kali kalau ribut. Agaknya, sliding door tu dah longgar sangat kat railing dia,” jelas netizen.

Jika benar ianya adalah disebabkan angin dan keadaan setempat mungkin tiada yang perlu dirisaukan tetapi jika ianya perbuatan yang mungkin benar-benar berlaku maka adalah lebih baik untuk mencegah daripada mengelakkan ianya terus berlarutan.

Walaupun terdapat pelbagai perbezaan pendapapat dan tidak dapat dipastikan punca ketukan yang berlaku di beberapa tempat ini, adalah lebih baik untuk penduduk setempat mengambil langkah berjaga-jaga.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai ketukan misteri yang berlaku di Sabak Bernam, Selangor melalui pautan di bawah.

Ketukan ‘Misteri’ Dilaporkan Hantui Penduduk Di Sabak Bernam

Tugu ‘Alien’ Muncul Secara Misteri Di Tengah Gurun

Misteri ‘Kubur Berdarah’, Ini Jawapan Daripada Hasil Siasatan Polis