Baru sahaja BlackPink dikecam bulan lepas kerana dituduh membahayakan nyawa panda. Kali ini, netizen China mengalihkan kecaman mereka kepada program Running Man pula sehingga mengugut ingin memboikot rancangan tersebut kerana dikatakan melanggar prinsip ‘One China‘.

Pada 7 Disember 2020 yang lalu, satu perdebatan hangat telah berlaku di laman media sosial Weibo yang cukup terkenal di China mengenai episod Running Man yang terbaharu. Beberapa gambar telah dimuat naik oleh warga China di laman media sosial tersebut yang memaparkan permainan papan yang diberi nama Blue Marble.

Permainan papan tersebut mirip sekali dengan permainan papan Monopoli di mana pemain boleh membeli hartanah di bandar-bandar di seluruh dunia. Isunya bukanlah terletak kepada permainan papan tersebut, sebaliknya, isu tersebut timbul apabila Taiwan diasingkan dari China.

photo_2020-12-09_13-00-00
SUMBER: KISSASIAN

Dalam episod Running Man yang ke-532, ahli Running Man dan tetamu jemputan telah dibahagikan ke beberapa kumpulan dan di dalam perpainan papan ‘Blue Marble’, pemain dikehendaki membeli tanah sekiranya mereka berada di ibu negara yang kosong.

Permainan yang dianggap lucu kepada penonton umum tersebut menimbulkan kemarahan penonton China apabila rancangan tersebut dilihat membahagikan Beijing, China dan Taipei, Taiwan kepada dua negara yang berbeza. Tindakan rancangan tersebut dianggap melanggar prinsip satu china yang dipegang negara tersebut.

RM 2
SUMBER: KISSASIAN

Untuk makluman, konflik diantara China dan Taiwan sudah lama berlaku kerana China percaya bahawa Taiwan berada di bawah naungan mereka. Akan tetapi, Taiwan pula percaya bahawa mereka adalah negara sendiri. Oleh sebab itu, rata-rata warga China telah meninggalkan komen da mengugut bahawa mereka akan memboikot rancangan tersebut.

Kemarahan warga China nyata memberi impak kepada laman media sosial Weibo kerana singkatan buat nama rancangan tersebut kemudiannya tular dan berada di tangga ke 7 dalam senarai trending.

twn1
SUMBER: KIMCHI DAILY

Tidak cukup dengan ugutan boikot, warga China juga menunjukkan yang mereka telah menghapuskan fail tayangan dari senarai tontonan mereka sebagai tanda boikot buat rancangan tersebut.

Sementara itu, warganet Korea juga turut menzahirkan rasa tidak puas hati mereka berkaitan isu ini. Beberapa komen dari netizen Korea kepada netizen China telah dimuat naik di sebuah laman komuniti atas talian.

Menurut netizen Korea, mereka tidak kisah jika netizen China ingin memboikot rancangan tersebut kerana rata-rata dari mereka menontonnya secara haram. Menurut mereka lagi, tindakan netizen China yang menanggap bahawa tindakkan mereka akan memberikan kesan kepada rancangan itu dikatakan sangat menjengkelkan.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali netizen China merasa tidak puas hati kepada rancangan dari Korea Selatan dan idol mereka. Selain dari BlackPink yang baru sahaja dikritik bulan lalu, kumpulan ternama BTS juga turut pernah merasa amarah warga net China kerana uapan yang dibuat oleh RM, ketua kumpulan tersbeut.

Episod terakhir ’24/365 With BlackPink’ sampai kena tangguh kerana netizen China. Klik pada pauatan di bawah untuk membaca.

Dikritik Netizen China Bahayakan Panda, Episod Akhir ’24/365 With BlackPink’ Bakal Ditangguh

Blackpink Dikritik Netizen China Kerana ‘Membahayakan’ Nyawa Panda

Sumber