Bijak orang di belakang marketing filem Deadpool 2 ini. Selepas Celine Dion, Deadpool memilih legenda bola sepak England, David Beckham sebagai personaliti terbaru untuk promo filem Deadpool 2.

Promo terbaru ini bermula dengan Beckham melihat sedutan filem Deadpool pertama di mana Deadpool ada mempermainkan suara David Beckham yang kurang ‘macho’ bagi beliau. Deadpool kemudiannya mengetuk pintu rumah Beckham untuk permohonan maaf.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Paling menarik adalah Deadpool siap mempermainkan Itali dan Belanda yang tidak layak untuk mara ke kejohanan final FIFA World Cup di Russia tahun ini. “I can’t wait to watch Italy play against the Netherlands.” Tiada siapa yang akan selamat daripada mulut Deadpool!

Ryan Reynolds turut berkongsi gambar beliau dan David Beckham selepas penggambaran promo video ini. Pasukan marketing Deadpool memang pandai buat kerja. Kudos! #SokonglahDeadpool2