Sebut sahaja mengenai kilang pemasangan iPhone, pasti ramai yang cukup tahu dimana hampir kesemua model jenama ini dipasang di China. Terbaru, Apple telah memilih India sebagai hab pemasangan iPhone yang seterusnya.

Melalui langkah terbaru Apple ini, Apple masih lagi bekerjasama bersama Foxconn selaku syarikat yang memasang iPhone dan iPad di China. Melihat kepada jumlah pengguna telefon pintar yang ramai di negara tersebut serta diatas beberapa faktor yang lain, memilih India sebagai hab terbaru dilihat sebagai pilihan yang ideal. Langkah yang dibuat ini sekaligus bakal meningkatkan jumlah pengguna iPhone di India.

Sumber: TIME

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Apple telahpun membuka kilang di India untuk menghasilkan iPhone SE sekaligus menerima potongan cukai yang membolehkan pengguna India mendapatkan model ini dengan harga yang rendah.

Selain itu, langkah yang dibuat Apple ini sebagai langkah berjaga-jaga Apple sebelum dikenakan tindakan yang lebih tegas atau diharamkan secara terus untuk beroperasi di China.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Baca lagi: Qualcomm Mahu China Haramkan Apple iPhone XR,XS dan XS Max

Sumber