Selepas Comics House dan Tora Aman, sebuah lagi syarikat terjemahan komik manga, Komik Remaja atau Kreko pula dikhabarkan akan mengikuti jejak langkah dua syarikat ini untuk menghentikan cetakan majalah.

Berita berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Rudy Shahrin yang mendapat berita daripada pembekal komik berkenaan berkata isu 31 merupakan cetakan terakhir komik berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sedikit sejarah tentang komik Kreko ini. Majalah Kreko merupakan sebuah majalah yang memaparkan terjemahan komik bahasa Jepun ke dalam bahasa Melayu. Isu pertama majalah Kreko diterbitkan pada tahun 1999 dan pada 2008, majalah Kreko yang mencapai edarannya mencecah angka 90,000 naskhah sebulan itu ialah yang paling laris di Malaysia.

Antara karya komik Jepun yang muncul dalam Kreko Shiao dgn Sang Harimau adalah Hareluya II Boy, Great Teacher Onizuka (GTO), Kisah Ahli Bomba, City Hunter dan banyak lagi. Ketika zaman kegemilangannya, inilah majalah yang menjadi penghibur kepada semua peminat manga dari Jepun.

Disebabkan semakin ramai yang sudah mempunyai akses kepada internet dan dapat membaca komik Jepun secara atas talian, bilangan cetakan untuk majalah ini juga semakin berkurangan setiap tahun.

Rudy Shahrin menambah Kreko mungkin tidak ditutup tetapi bertukar pembekal. Jadi kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada pihak majalah Kreko. Namun sekiranya berita tersebut benar, terima kasih kerana menghibur dan menyediakan terjemahan untuk manga hebat dari Jepun sepanjang lebih 20 tahun. Arigato!

Di Jepun, walaupun komik manga boleh sahaja dibaca secara percuma atas talian tetapi mereka tetap membeli versi fizikal komik yang mereka suka. Anda boleh baca tentangnya lagi pada artikel di bawah.

Mengapa Orang Jepun Tetap Beli Komik Walaupun Ada Versi ‘Cetak Rompak’ Atas Talian

Selepas Comics House, Syarikat Terjemahan Komik ‘Tora Aman’ Pula Akan Gulung Tikar