Sedia maklum bahawa penularan wabak COVID-19 di China boleh dikatakan telah berjaya dikawal sepenuhnya dan rakyatnya sudah mula menjalani kehidupan mereka seperti biasa.

Terbaharu, seorang rakyat negara itu telah dilaporkan maut akibat terkena jangkitan hantavirus. Untuk pengetahuan anda, simptom hantavirus ini mengakibatkan kelesuan, sakit otot dan sakit kepala.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, mangsa adalah seorang lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja dalam sebuah bas pada Isnin lalu.

Justeru itu, 32 penumpang bas telah menjalani saringan kesihatan untuk memastikan tiada jangkitan berlaku. Akan tetapi, maklumat mengenai keputusan ujian tersebut tidak dinyatakan.

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berpangkalan di Amerika Syarikat, pemindahan virus tersebut daripada manusia kepada manusia tidak pernah ditemui kecuali di Argentina pada 1996. Virus tersebut dijangkiti manusia kerana tikus.

Malah, kes melibatkan hantavirus ini dikhabarkan hanya terjangkiti jika ada close contact melalui air kencing atau air liur. Diharap tiada penularan wabak baru yang serius terutama sekali apabila seluruh dunia masih bergelut dengan penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, anda boleh baca artikel berkaitan COVID-19 di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Pelajar PhD Malaysia Ini Bantu Cipta ‘Test Kit’ Kesan COVID-19 Bersama Universiti Oxford

Penganjur Di Johor Cadang Batalkan Bazar Ramadan Berikutan Wabak COVID-19

Penularan COVID-19 Membimbangkan, Australia Tutup Sempadan 6 Bulan Mulai Semalam

Sumber