Bayangkan terdapat kisah puteri raja versi Malaysia ditayangkan oleh Disney, pasti ramai yang berasa teruja, bukan?

Mungkin bukan berkisahkan tentang puteri raja versi Malaysia, tetapi penulis dari Malaysia iaitu Adele Lim telah diberikan kepercayaan oleh Disney untuk tulis karya Disney, Raya and The Last Dragon.

Nama Adele Lim pastinya sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja berbakat tetapi berjaya menempa nama dalam industri seni di luar negara. Bagi anda yang tidak mengenalinya, beliau merupakan penulis skrip untuk filem Crazy Rich Asians sebelum ini.

Penglibatan Adele Lim dalam filem tersebut telah diberitahunya pada tahun lalu dan dikhabarkan filem itu akan menemui para penonton pada tahun ini. Akan tetapi, disebabkan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, kemungkinan filem ini akan dilanjutkan dan tidak ditayangkan pada November 2020.

Filem ini mengisahkan Raya dalam misi untuk menyelamatkan dunianya mencari naga terakhir bernama Sisu. Adakah anda rasa Raya dapat menyelesaikan misi tersebut?

Filem animasi Raya and The Last Dragon ini sesuai untuk ditonton semua golongan. Sama-sama kita nantikan filem ini ditayangkan kelak. Menerusi tinjauan kami, trailer rasmi filem ini masih belum dikeluarkan.

Sementara itu, tahukah anda bahawa James Wan yang merupakan anak kelahiran Malaysia turut berjaya menempa nama dalam industri seni di luar negara? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

James Wan Dipilih Sebagai Penerbit Filem Mortal Kombat Terbaru

John Wick 5 Diumumkan Oleh Lionsgate, Akan Dirakam Terus Bersama Filem Keempat

BoboiBoy The Movie 2 Cipta Sejarah Tercalon Finalis Anugerah Filem Animasi New York