Selepas kejayaan BOLDPOD x Daddyhood di mana 1,000 set kolaborasi edisi terhad yang sold out dalam tempoh 24 jam sahaja, BOLDPOD tampil dengan lebih ‘garang’ untuk koleksi baharu mereka dengan jenama streetwear terkemuka negara, SuperSunday.

Koleksi ‘sold out’ BOLDPODxDaddyhood
Koleksi BOLDPOD x SuperSunday ‘SUPERBOLD’ diperagakan oleh Bidin Alzaifa & Naim Daniel

BOLDPOD memilih makhluk legenda naga sebagai motif rasmi kolaborasi bersama SuperSunday kerana mahu membuka tahun 2023 dengan imej yang lebih ‘garang dan berani’.

Baca Juga:

Masih mengekalkan prinsip yang sama, BOLDPOD mahu membantu lebih ramai rakyat Malaysia #BeraniBerubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kali ini mereka mensasarkan para peminat streetwear tempatan.

Koleksi ini yang cuma dijual di butik fizikal sahaja dan tidak dijual secara online bakal dilancarkan pada Sabtu ini (4 Februari 2023) di butik SuperSunday Store @ Bukit Bintang dan SuperSunday Store @ Melaka pada jam 12 tengah hari terhad kepada 300 unit sahaja (200 unit di Bukit Bintang dan 100 unit di Melaka).

Bagaimana pula untuk peminat BOLDPOD dan SuperSunday selain di Lembah Klang dan Melaka untuk mendapatkan koleksi ini? Tidak perlu risau kerana BOLDPOD dan SuperSunday turut akan buat SUPERBOLD Tour dan menjelajah ke tempat-tempat berikut dari tarikh 6 hingga 9 Februari 2023.

Dalam kotak edisi terhad BOLDPOD x SuperSunday ini, anda akan dapat: 1 x Jersi BOLPOD x SuperSunday Edisi Terhad, 1 x device BOLDPOD x SuperSunday , 2 x BOLDPOD New Flavour (Honeydew Bubblegum + Apple Grape), 1 x lanyard Edisi Terhad, 1 x card holder Edisi Terhad dan 2 x bumper sticker.

Lapangkan masa anda Sabtu ini dan kualiti jersi BOLDPOD x SuperSunday ‘SUPERBOLD’ ini memang superb! Jadi, jangan terlepas untuk jadi salah seorang pemilik jersi edisi terhad ini. Untuk peminat SuperSunday & BOLDPOD di Johor, Terengganu, Penang, Perak & Kelantan pula, jangan lupa untuk lapangkan masa anda juga pada 6-9 Februari 2023 nanti!

P/S: BOLDPOD merupakan produk henti rokok terkenal tempatan. Anak syarikat kepada Bangsawan Liquid ini sudah membantu hampir 200,000 orang berhenti merokok secara total sambil memberikan kepuasan maksima kepada pengguna. Sebagai salah seorang peminat BOLDPOD, min tidak syak lagi BOLDPOD merupakan #PilihanTerbaikHentiRokok