Selepas Disney tidak lagi berminat untuk menggunakan khidmat Johnny Depp sebagai Jack Sparrow dalam Pirates Of The Caribbean, ia tidak bermakna kita tidak akan melihat Depp sebagai lanun lagi.

Sebagai tanda sokongan, peminat mahu melihat Depp menyertai siri live-action anime lanun hebat yang bakal diterbitkan oleh Netflix, One Piece. Ramai yang bersetuju raja lanun Gol D. Roger adalah watak paling tepat untuk dipegang oleh Depp.

Ia mungkin tidak sesuai untuk Depp memegang watak Luffy yang muda remaja dalam siri One Piece. Jadi, watak yang lebih berusia seperti Gol D. Roger sangat tepat dengan Depp. Satu lagi watak yang boleh dipegang oleh Depp adalah Mihawk yang juga merupakan salah seorang lanun yang disegani dalam siri One Piece.

Sesi pemilihan pelakon masih belum dibuat oleh Netflix tetapi peminat tidak mahu One Piece ‘dicuci putih’ dengan semua watak utama dalamnya dilakonkan oleh pelakon berkulit putih.

Namun disebabkan pencipta One Piece sendiri Eiichiro Oda akan menyelia perkembangan siri di Netflix ini, jadi anda tidak perlu risau kerana setiap pelakon pasti perlu mendapat pengesahan Oda terlebih dahulu. Adakah anda setuju sekiranya Johnny Depp menyertai siri epik One Piece ini?

Tuduhan keganasan rumah tangga terhadap Amber dilaporkan menjadi sebab Johnny Depp digugurkan daripada franchise Pirates Of The Caribbean. Anda boleh baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Rakaman Audio Adalah Bukti Johnny Depp Jadi Mangsa Keganasan Amber Heard

Johnny Depp Digugurkan Oleh Disney Untuk Filem Terbaru ‘Pirates Of The Caribbean’

Netflix Secara Rasmi Umum Hasilkan Siri ‘Live-Action’ One Piece

Anda Mungkin Suka