Pada awal minggu ini, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva Viral’ telah dihadiahkan sebuat motosikal Yamaha XJ6S daripada satu individu yang masih kekal misteri.

Terbaharu, beliau telah menerima satu lagi hadiah daripada seorang usahawan kosmetik, Wan Siti Aisyah Wan Hasan yang juga dikenali oleh warganet sebagai Sha Hasan. Berita baik tersebut dikongsikan melalui satu hantaran di Instagram milik usahawan kosmetik tersebut.

Pada masa sama Azwan Omar turut membuat kejutan semasa sesi Facebook Live pada petang semalam dengan kehadiran Sha Hasan dan suaminya sendiri untuk menyerahkan trak pikap Mitsubishi Triton itu dirumahnya.

Semasa penyerahan trak pikap tersebut, kelihatan kedua ibu bapa ‘Abang Viva Viral’ menangis kesyukuran kerana ahli keluarga mereka dikejutkan dengan hadiah yang langsung tidak disangka-sangkakan.

@piena94

Kerta abang viva kita dh smpai…tahniah@abangvivaofficial kami tumpang gembira❤️❤️

♬ bunyi asal – Q U E E N🦋F – 🦋S.H.A.F.I.E.N.A🦋

Sumber Gambar: Facebook Sha Hassan
Sumber Gambar: Facebook Sha Hassan

Rata-rata orang ramai meluahkan rasa gembira dengan mengucapkan tahniah kepada beliau dan pada masa mendoakan usahawan kosmetik tersebut agar diluaskan lagi rezeki pada masa akan datang.

Siapa sangka, asbab hanya membantu mangsa-mangsa banjir untuk beberapa hari, sampai saat ini orang ramai kenal ‘Abang Viva Viral’ dan ada saja pihak tidak putus-putus mahu memberikan penghargaan kepada beliau.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini warganet gembira melihat ‘Abang Viva Viral’ dihadiahkan sebuah motosikal berkuasa tinggi daripada individu yang tidak mahu dikenali ramai.

Abang Viva Viral Terima Motosikal Yamaha XJ6S Daripada ‘Seseorang’ Sebagai Tanda Penghargaan

Kurang 24 Jam Buka Akaun TikTok, ‘Abang Viva Viral’ Raih Lebih 100,000 Pengikut