TM pada hari kelmarin telah mengeluarkan sebuah notis dimana harga bagi pakej Unifi 100Mbps bakal meningkat selepas 24 bulan langganan kepada RM159. Notis ini sekaligus membuatkan para netizen tidak selesa serta mengecam tindakan TM yang sewenang-wenangnya menaikkan harga kontrak tanpa persetujuan.

photo_2020-03-20_16-51-38
HYPE
Hanya Serendah RM20, Anda Dapat Data 20GB! Banyak Juga Ganjaran Hebat Dari Telco Ini
Baca lagi →

Walaubagaimanapun, TM pantas dalam mengeluarkan kenyataan terbaru dimana harga bagi pakej Unifi 100Mbps tidak akan dinaikkan selepas 24 bulan. Pihak TM mengesahkan peningkatan harga tersebut adalah tidak benar dan memohon maaf diatas kesilapan informasi yang dipaparkan.

Berita mengenai peningkatan pakej Unifi 100Mbps ini pada awalnya mula mendapat perhatian Menteri Multimedia dan Komunikasi, YB Gobind Singh Deo. Beliau juga mahukan pihak TM memberi penjelasan terhadap harga pakej bulanan yang tinggi dikenakan terhadap pengguna.

Anda Mungkin Suka