Tidak sampai 24 jam dimuat naik di YouTube, lagu terbaru Aliff Syukri yang bertajuk Coba Bahagia sudah pun meraih 65,000 dislike ataupun thumbs down.

Aliff baru-baru ini terpalit dengan kontroversi apabila dia disyaki mendera anak angkatnya yang berusia dua tahun. Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas itu.

photo_2020-03-14_11-07-13

Berpunca daripada itu juga, ibu kepada Aliff yang juga merupakan usahawan kosmetik popular, Rozita Ibrahim turut memuat naik status yang ‘menasihati Aliff di Instagram miliknya.

Dalam kiriman tersebut, Rozita yang turut dikenali sebagai ‘bonda’ dalam kalangan Aliff Syukri juga sempat mengkritik lagu terbaru anak lelakinya itu.

“Tiba-tiba naik pula lagu Aliff Syukri, sedap sangat ke?

“Mak rela masuk hutan daripada tengok IG atau lagu kau Kri (Aliff). Tak terhibur pun.

“Mak rela panggil Jamal Abdillah atau Hattan daripada dengar suara kau,” luahnya dalam kiriman tersebut.

Bukan saja mendapat kritikan pedas dari ibunya, malah lagu terbaru Aliff Syukri itu turut menerima layanan yang hampir sama daripada peminat yang meninggalkan komen di muat naik terbarunya di YouTube itu.

photo_2020-03-14_10-16-53
photo_2020-03-14_10-16-54
photo_2020-03-14_10-17-41

Tidak cukup dengan kritikan pedas, ada juga netizen yang berhasrat agar video tersebut mendapat sehingga 1 juta dislike di Youtube.

Bagaimanapun, perkara ini bukanlah kali pertama berlaku kepada usahawan kosmetik itu apabila lagu duetnya Bobo Di Mana juga mendapat jumlah dislike sebanyak hampir 300,000 selepas enam juta lebh tontonan di platform yang sama.

Apa pula pandangan anda selepas mendengar lagu terbaru ini? Adakah memang patut netizen memberikan dislike atau mereka seharusnya memuji usaha terbaru daripada usahawan kosmetik ini.

Tahukah anda lagu Aliff Syukri sebelum ini yang bertajuk Bobo Di Mana pernah menjadi lagu paling trending di Malaysia pada 2018. Klik pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.

Lagu ‘Bobo Di Mana’ Tersenarai Sebagai Lagu Paling Trending Di Google Malaysia

Surat Terbuka Untuk Dato Aliff Dan 4 Sebab Saya Tidak Bersetuju Dengan Beliau