Gempar sejak tengah malam tadi apabila pihak Anonymous Malaysia yang terdiri daripada kumpulan hacker dari Malaysia telah membuat serangan ke beberapa laman web milik kerajaan Malaysia selepas diberi amaran seminggu sebelumnya.

Serangan yang melibatkan laman web milik Kerajaan Sabah, Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, CIDB dan Majlis Perbandaran Selayang ini dikatakan dibuat sebagai pengajaran buat pihak kerajaan Malaysia untuk memantapkan sistem sekuriti agar tidak mudah diceroboh khususnya daripada pihak luar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sehubungan dengan isu yang berlaku, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan sistem pertahanan negara dan laman web kerajaan berada dalam keadaan selamat daripada serangan pengodam.

Selain itu, Pihak MKN turut mengeluarkan notis amaran kepada semua agensi kerajaan serta mengambil langkah perlu dalam mencegah dan mengurangkan ancaman serangan siber. MKN juga dimaklumkan memandang serius mengenai isu yang berlaku.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu yang berlaku pada tengah malam tadi dengan klik pautan di bawah.

Bermula Dengan Amaran, Laman Web Kerajaan Malaysia ‘Diserang’ Anonymous Malaysia

‘Hacker’ Dari Malaysia Mengaku Serang 300 VPN Korporat Indonesia