Hangat dibincangkan pada minggu ini mengenai kes melibatkan Bella selaku remaja berumur 13 tahun yang mengalami down sindrome serta didakwa diseksa di Rumah Bonda.

Hal ini bukan sahaja menjadi perbincangan para netizen malah turut mendapat perhatian pasangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan YAM Che Puan Besar Khaleeda yang memaklumkan akan berusaha untuk menuntut keadilan buat Bella dan juga sedia menawarkan khidmat peguam secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati kes penderaan Bella.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian TMJ semalam, baginda turut memaklumkan akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran tersebut yang akan membolehkan barisan peguamnya menjalankan arahan memerhati bagi pihak kementerian berkenaan.

Dalam pada itu, apa yang mengejutkan orang ramai adalah respon Datuk Seri Rina Harun 12 jam selepas perkongsian TMJ di mana beliau mengumumkan menerusi laman Twitter yang sedia menghadap TMJ dan YAM Che Puan Besar bagi mempersembahkan status kes perbincaraan kes dan tindakan daripada pihak  kementerian.

Beliau juga turut mengajak orang ramai memanjatkan doa agar urusan perbicaraan kes penderaan adik Bella dipermudahkan serta kebenaran dan keadilan dapat dibuktikan di akhir perbicaraan.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan Datuk Seri Rina Harun, orang ramai mengharapkan agar beliau selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil tindakan dengan pantas dalam memastikan Bella mendapat keadilan yang sewajarnya.

Ketahui lebih lanjut mengenai usaha pasangan TMJ dan YAM Che Puan Khaleeda dalam membantu mendapatkan keadilan buat Bella.

TMJ Tawar Khidmat Peguam Percuma Jalankan Arahan Memerhati Kes Penderaan Bella

Che Puan Khaleeda Ikrar Mahu Bantu Tuntut Keadilan Untuk Bella