Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Lebih 5 bulan menghilang tanpa dikesan pihak berkuasa, semalam pihak polis mengumumkan bahawa Sajat telah ditahan pihak imigresen Thailand. Lantaran itu, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan mengatakan dalam sesi rundingan dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Sajat.

Umum mengetahui bahawa Sajat telah mendapat kad perlindungan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan dikhabarkan dalam proses meminta kebenaran berpindah ke Australia.

Sajat yang didakwa atas pertuduhan berpakaian seperti wanita sanggup lari ke luar negara menjadi bualan netizen. Muncul pula dakwaan netizen mengatakan sebenarnya Sajat lari dari Malaysia disebabkan dia muflis dan banyak hutang.

Kes tersebut bukanlah sebab utama Sajat mengambil keputusan untuk lari. Menerusi satu perkongsian di Twitter, ada juga netizen yang mendedahkan bahawa kegagalan Sajat  membayar wang ganti rugi kepada bekas stokisnya, OWA Resources mungkin menjadi faktor utama.

Untuk pengetahuan anda, gara-gara gagal bayar ganti rugi kepada bekas stokis dan penghakiman sebanyak RM200,000 seperti yang diputuskan Mahkamah Rayuan April lalu maka notis kebankrapan telah difailkan.

Pada 30 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan notis kebankrapan terhadap Sajat diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penampalan.

Berdasarkan notis berkenaan, Sajat perlu membayar RM113,327 dengan 5% kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 13 September 2018 (tarikh pemfailan writ saman) sehingga 3 Mac 2021 (tarikh notis kebankrapan) serta kos mahkamah sebanyak RM70,000 dan setakat 3 Mac 2021 jumlah itu menjadi RM197,329.87.

Akta Insolvensi 1967 membenarkan prosiding kebankrapan dimulakan ke atas mana-mana individu yang gagal membayar penghakiman melebihi RM100,000. Oleh itu, OWA Resources memfailkan notis kebankrapan terhadap Sajat kerana masih gagal membayar jumlah berkenaan sehingga kini.

Malah, Sajat kini dikehendaki bersabit Seksyen 9 repot 345/2021, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

Bagi anda yang terlepas berita berkaitan Sajat, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut. 

Lebih 5 Bulan ‘Hilang’, Sajat Yang Bersembunyi Di Thailand Ditahan Pihak Berkuasa

Gagal Hadir Ke Mahkamah, JAIS Kerah 122 Anggota Untuk Buru Dan Tangkap Sajat

PGA Edar Gambar Sajat Di Pos Kawalan Pintu Sempadan, Elak Bolos Ke Negara Jiran

Anda Mungkin Suka