Susulan tersebarnya wajah anak Neelofa apabila seorang wanita yang menyebarkan wajah Bilal di laman TikTok membuat Neelofa tersinggung.

Selepas penyebaran itu, Neelofa mengatakan dia amat terkilan dengan kelakuan individu tersebut seolah-olah tidak menghormati privasi keluarganya.

Baca Juga:

Bagaimanapun, semalam Neelofa akhirnya ‘membongkar’ wajah anaknya, Bilal di laman Instagram miliknya untuk orang awam melihatnya.

Menerusi Instagram tersebut, Neelofa menyatakan cinta dan sayang pada anaknya serta kecintaan tertinggi dan teragung di dalam hidupnya.

“Bilal anak ummi sayang, Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna,” tulisnya.

“Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah,” tambah Neelofa lagi.

Sementara itu, pelakon terkenal Mira Filzah meninggalkan komen semoga Bilal membesar menjadi anak yang soleh.

Selain itu, menerusi ruangan komen, penyanyi popular Azza Elite juga mengatakan Bilal anak yang soleh penyejuk hati serta memuji wajah Bilal yang sungguh indah.

Adik kepada Neelofa, Athisha Khan juga meluahkan rasa simpati kepada kakaknya Neelofa di laman Twitter miliknya.

Peminat-peminat Neelofa memberi kata-kata semangat untuk Neelofa dan mendoakan yang terbaik untuk Bilal.