Pernah menjadi lokasi tumpuan orang ramai, pasar raya eCurve nampaknya bakal tinggal kenangan selepas pasar raya ini secara rasminya telah ditutup pada 31 Mac tahun lalu.

Menerusi kenyataan daripada CEO Bousted Properties, Azizi Ismail, pasar raya dengan keluasan 3.87 ekar berharga antara RM500 juta sehingga RM700 juta ini bakal dibangunkan kondominium yang dilabel sebagai multigenerational lifestyles.

Baca Juga:

CEO Bousted Properties, Azizi Ismail. Sumber: The Star

Dalam erti kata lain, kediaman yang dibangunkan akan hadir dengan unit yang lebih luas dalam membolehkan keluarga melibatkan dua atau tiga generasi tinggal di bawah satu bumbung.

Selain itu, unit yang lebih kecil khususnya buat keluarga kecil atau pasangan bakal turut dibangunkan bersama pada pintu berlainan dalam menawarkan privasi.Bukan itu sahaja, bertempat berdekatan dengan stesen Surian bakal memberi kelebihan buat para pengguna akses untuk menaiki MRT dengan mudah.

Mengulas mengenai salah satu faktor penutupan eCurve, Boustead Properties berpendapat orang ramai lebih berminat dan tertumpu kepada pasar raya yang lebih besar dan luas.

Sebagai contoh, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, The Gardens, Suria KLCC dan Pavillion KL masing-masing mempunyai jumlah keluasan melebihan 1 juta kaki persegi berbanding eCurve yang jauh lebih kecil. Hal ini membuatkan pihak Boustead Properties tampil untuk menawarkan solusi baharu dalam membangunkan semula lokasi yang penuh strategik ini.

Sumber: the curve

Sementara itu, pasar raya The Curve masih lagi beroperasi seperti biasa meskipun agak suram pada ketika ini. Pihak Boustead Properties turut memberi bayangan pasar raya tersebut bakal tampil dengan wajah baharu kelak dengan memfokuskan kepada barangan runcit mewah.

Setakat ini, masih belum diketahui bilakah projek pembangunan ini bakal dimulakan. Dalam pada itu, pelan untuk menjayakan projek ini sudah pun bermula.