Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Selepas membuat kemunculan sulung sebagai pelakon menerusi drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamillen kini bakal melancarkan pula lagu pertama beliau pada malam ini.

Perkara itu dikongsikan sendiri beliau melalui beberapa muat naik di Twitter dan Instagram bermula awal pagi hari ini yang memaklumkan mengenai pelancaran lagu dan muzik video berjudul Tolonglah itu.

“Cik B awal-awal cakap Cik B tak reti sangat berlakon dalam muzik video ini.

Maybe ramai tak faham apa maksud muzik video ini, tak apa Cik B akan terangkan nanti,” jelasnya.

Dua perkara paling mencuri tumpuan menerusi teaser berkenaan sudah semestinya penampilan Cik B sendiri dan juga flow dan suaranya yang kedengaran seperti penyanyi rap Yonnyboi.

Mengulas mengenai lagu berkenaan, Cik B menjelaskan ianya telah dihasilkan sejak daripada Disember tahun lalu dan bukannya dibuat secara tiba-tiba.

“Cik B bukan tiba-tiba je buat lagu ini.

“Cik B buat bulan 12 tahun lepas,” jelasnya.

Dan kini selepas berjaya mencuri perhatian netizen dengan telatahnya dan kemunculan sebagai pelakon drama, kini Cik B bakal bergelar pula sebagai penyanyi.

Tidak mahu terlepas mendengar lagu pertama daripada Cik B malam ini? Anda boleh menontonnya melalui pautan ini di bawah jam 9 malam nanti.

Baca juga reaksi terkejut netizen sebelum ini selepas mengetahui kos sebenar fesyen yang digayakan Cik B melalui pautan di bawah.

‘Cincin Sahaja Harga RM13,500’ – Netizen Tergamam Cik B Belanja ‘OOTD’ Berharga RM118,000

‘Fesyen Orang Lain Lagi Pelik’- Dato Vida Berang Netizen Kutuk Gaya Cik B

Anda Mungkin Suka