Sudah menjadi kemestian buat orang ramai kini untuk memiliki beberapa media sosial melibatkan Facebook, Twitter dan Instagram. Buat public figure atau ahli perniagaan seperti Tan Sri Tony Fernandes, sudah semestinya kehadiran media sosial ini membolehkan beliau menyampaikan maklumat terhadap bisnes beliau kepada orang ramai dengan lebih mudah.

Walau bagaimanapun, Tan Sri Tony Fernandes berpendapat sebaliknya.  Beliau yang sebelum ini telah meninggalkan platform Facebook pada Mac tahun lalu telah memilih untuk turut tinggalkan Twitter baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau turut melabelkan platform Twitter sebagai platform yang penuh dengan negativiti dan toksik selepas melihat respon daripada para netizen sebelum-sebelum ini.

Untuk pengetahuan, Tony Fernandes memiliki 1.3 juta pengikut di Twitter dan sudah 21,400 tweet dibuat sepanjang 2008. Selepas meninggalkan Facebook dan Twitter, kemungkinan besar kita cuma hanya dapat mengetahui perkembangan beliau melalui platform Instagram sahaja.

Tan Sri Tony Fernandes sekitar September lalu pernah mengumumkan untuk meletak jawatan sebagai lembaga pengarah di semua syarikat kecuali AirAsia. 

Tony Fernandes Umum Letak Jawatan Lembaga Pengarah Di Semua Syarikat Kecuali AirAsia

Tony Fernandes Sah Miliki Pasukan Mobile Legend ‘Team Saiyan’